SISTEM BUMI
SOALAN 1997:
1. Mengapakah bumi hanya menerima sebahagian kecil sahaja (0.2 x 10-9) daripada seluruh tenaga matahari dan jumlahnya berubah-ubah mengikut masa. [10 m]
2. Mengapakah jumlah bahangan matahari yang diterima berbeza-beza mengikut bahagian dunia. [10 m]
3. Bagaimanakah tenaga matahari mempengaruhi kegiatan pertanian di kawasan tropika lembap. [10 m]
SOALAN 1998:
1. Mengapakah sesetengah tempat mengalami musim sejuk dan musim panas sementara tempat-tempat lain tidak? [12 m]
2. Jelaskan peranan tenaga suria terhadap kehidupan manusia. [13 m]
SOALAN 1999:
1. Bagaimanakah tenaga haba dipindahkan dari matahari ke permukaan bumi. [5 m]
2. Huraikan cirri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa terjadinya ekuinoks. [10 m]
3. Jelaskan kesan bahangan matahari akibat penipisan lapisan ozon terhadap manusia. [10 m]
SOALAN 2000:
1. Nyatakan jenis-jenis tenaga haba yang terdapat dalam system atmosfera-bumi. [5 m]
2. Mengapakah terdapat perbezaan kadar penyerapan haba pada permukaan bumi. [10 m]
3. Bagaimanakah kadar penerimaan haba yang berbeza pada permukaan bumi mempengaruhi aktiviti manusia. [10 m]
SOALAN 2001:
1. Huraikan secara ringkas tentang albedo. [5 m]
2. Jelaskan proses-proses yang melibatkan bahangan matahari di kawasan laut, udara, dan tumbuh-tumbuhan. [12 m]
3. Terangkan bagaimana manusia boleh menjana haba daripada sumber-sumber semula jadi. [8 m]
SOALAN 2002:
1. Pada musim tertentu sesetengah kawasan mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malam. Bincangkan pernyataan ini. [12 m]
2. Terangkan kepentingan tenaga matahari terhadap kegiatan pertanian di kawasan tropika lembap. [13 m]
SOALAN 2002:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan bajet haba? [5 m]
2. Dengan bantuan gambar rajah, huraikan bagaimana bajet haba terjadi. [10 m]
3. Jelaskan fenomena yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bajet haba. [10 m]
SOALAN 2003:
1. Huraikan secara ringkas tentang system. [5 m]
2. Walaupun jumlah tenaga matahari yang sampai ke system bumi sedikit tetapi sudah cukup untuk menggerakkan system-sistem bumi. Jelaskan [12 m]
3. Nyatakan peranan tenaga suria dalam mempengaruhi proses luluhawa. [8 m]
SOALAN 2004:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan bahangan? [5 m]
2. Huraikan proses yang menyebabkan berlakunya kehilangan sebahagian daripada jumlah bahangan di atmosfera. [10 m]
3. Jelaskan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitar. [10 m]
SOALAN 2005:
1. Huraikan dua jenis tenaga dalam system bumi. [5 m]
2. Huraikan peranan tenaga dalam mewujudkan proses kitar hidrologi. [10 m]
3. Jelaskan kepentingan tenaga suria terhadap pelbagai aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [10 m]
SOALAN 2006:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan system surua? [4 m]
2. Huraikan empat sebab mengapa bumi mengalami empat musim yang berbeza. [12 m]
3. Jelaskan tiga kesan peredaran bumi terhadap habitat haiwan. [9 m]
SOALAN 2007:
1. Apakah yang dimaksudkan sengan soltis musim sejuk? [5 m]
2. Huraikan perbezaan jangkamasa antara siang dan malam di kawasan latitude yang berbeza semasa soltis musim sejuk di hemisfera utara. [12 m]
3. Jelaskan kesan penerimaan intensity bahangan suria yang rendah semasa soltis musim sejuk terhadap aktiviti manusia di kawasan beriklim sederhana. [8 m]
SISTEM EKOLOGI/EKOSISTEM
SOALAN 1997:
1. Jelaskan saling kebergantungan antara pengeluar, pengguna, dan pengurai di dalam ekosistem sesebuah hutan [15 m]
2. Jelaskan mengapa ekosistem hutan perlu dikekalkan untuk kepentingan manusia. [10 m]
SOALAN 1998:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem. [5 m]
2. Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan bagaimana tenaga dialirkan melalui suatu siratan makanan yang mudah dalam ekosistem daratan [10 m]
3. Jelaskan kepentingan ekosistem hutan bakau. [10 m]
SOALAN 1999:
1. Nyatakan komponen-komponen asas yang membentuk setiap ekosistem. [5 m]
2. Dengan bantuan gambarajah, jelaskan tentang kitar nutrient dalam ekosistem. [10 m]
3. Bincangkan pengaruh karbon terhadap kehidupan manusia. [10 m]
SOALAN 2000:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan rantaian makanan. [5 m]
2. Terangkan bagaimana tenaga dipindahkan dalam rantaian makanan bagi ekosistem hutan tropika. [10 m]
3. Jelaskan bagaimana rantaian makanan boleh diganggu dan huraikan kesan gangguan itu terhadap manusia. [10 m]
SOALAN 2000:
Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan.
1. Huraikan cirri-ciri tumbuhan semulajadi di kawasan tersebut, dan [10 m]
2. Jelaskan bagaimana tumbuhan semulajadi yang tersebut telah menjana proses-proses geomorfologi. [15 m]
SOALAN 2001:
Dengan menggunakan Rajah 1.
1. Labelkan aliran tenaga dalam siratan makanan, dan [5 m]
2. Huraikan proses aliran tenaga dalam siratan makanan tersebut. [10 m]
3. Jelaskan bagaimana kegiatan manusia boleh menganggu ekosistem tasik. [10 m]
SOALAN 2002:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kitar nutrient dalam ekosistem. [5 m]
2. Dengan bantuan gambar rajah, huraikan bagaimana kitar oksigen berlaku dalam ekosistem daratan. [10 m]
3. Jelaskan mengapa kitar oksigen dan kitar karbon selalunya digabungkan. [10 m]
SOALAN 2003:
1. Nyatakan dua fasa jitar nutrien dalam sesuatu ekosistem. [5 m]
2. Dengan bantuan gambar rajah, huraikan proses yang berlaku dalam kitar nitrogen. [12 m]
3. Huraikan bagaimana manusia mempengaruhi kitar nitrogen. [8 m]
SOALAN 2004:
Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di suatu kawasan kajian pinggir pantai.
1. Huraikan siratan makanan dalam ekosistem di kawasan tersebut. [7 m]
2. Jelaskan bagaimana aktiviti manusia telah menganggu ekosistem di kawasan tersebut, dan [10 m]
3. Huraikan bagaimana gangguan terhadap ekosistem di kawasan tersebut dapat di kawal oleh pihak berkuasa tempatan. [8 m]
SOALAN 2005:
1. Nyatakan dua jenis dan dua komponen ekosistem. [5 m]
2. Huraikan dua faktor iklim yang mempengaruhi pembentukan ekosistem. [10 m]
3. Jelaskan kepentingan ekosistem hutan terhadap manusia. [10 m]
SOALAN 2006:
Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di suatu kawasan hutan,
1. Nyatakan ciri-ciri hutan tersebut. [7 m]
2. Jelaskan empat aktiviti manusia yang boleh menggangu kestabilan ekosistem hutan tersebut. [8 m]
3. Cadangkan lima kaedah bagaimana hutan tersebut dapat diuruskan dengan baik untuk generasi akan datang. [10 m]
SOALAN 2007:
Rajah 1 di bawah menunjukkan kitar karbon di ekosistem X.
1. Berdasarkan Rajah 1 di atas, nyatakan contoh pengguna di setiap aras tropik iaitu aras trofik A, aras trofik B, dan aras trofik C dalam ekosistem X. [5 m]
2. Terangkan peranan tumbuh-tumbuhan dalam ekosistem X. [8 m]
3. Jelaskan bagaimana keseimbangan kitar karbon diganggu oleh aktiviti manusia. [12 m]
No comments:
Post a Comment