Kajian Geografi di Taman Negara Pahang








Pelajar-Pelajar Tingkatan 6, SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah telah menghadiri satu kajian bagi mata pelajaran Geografi di Taman Negara Pahang Pada 27 hingga 30 September 2009 sebagai memenuhi syarat pembelajaran mata pelajaran tersebut. Seramai 35 orang pelajar dan 5 orang guru telah mengikuti program tersebut.

Istilah Geografi

Akuifer= lapisan batu batan poros berliang, berbentuk sinklin yang terletak di antara dua lapisan batuan tak telap air dan berupaya menakung air. Air daripada hujan dan lain-lain punca air yang mengalir ke dalam bumi akan ditakung di dalam akuifer dan mengalir sebagai mata air atau telaga artes

Adobe= sejenis bata yang diperbuat daripada tanah liat dan dijemur di bawah matahari. Ia digunakan untuk membina rumah-rumah yang dikenali sebagai adobe oleh orang-orang Indian Andes di Pergunungan Andes, Amerika Selatan

Alpaka= sejenis binatang ragut di Amerika Selatan yang berhubung rapat dengan unta dan menyerupai Ilama. Binatang ini diternak untuk memperoleh bulunya yang halus. peru dan Bolivia merupakan pengeluar utama dunia bagi bulu binatang ini.

Alir lintang= pergerakan udara secara mengufuk yang bertentangan dengan berolakan secara ,menegak. Melalui alir lintang, udara panas dari kawasan panas dari kawasan garis lintang rendah dibawa ke arah kutub dan udara sejuk dari kutub dibawa ke arah Khatulistiwa. Dengan cara ini, aliran lintang atau percampuran secara mengufuk membolehkan haba kawasan tropika dipindahkan ke kawasan garis lintang tinggi dan sebaliknya

Info Geografi

  • Jalan raya yang tertinggi di dunia dengan 5632 meter daripada aras laut terletak di kawasan pergunungan China
  • Terowong yang terpanjang di dunia dengan 24.5km terletak di Norway
  • Kawasan Artik digelar"land of the Midnight Sun" kerana matahari masih kelihatan pada waktu tengah malam
  • Gua Mulu di Sarawak merupakan gua yang terpanjang di dunia iaitu kira-kira 600 km dan ruang dalam Gua Mulu boleh memuatkan 40 buah kapal terbang Boeing 747
  • Gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi di Asia Tenggara terletak di Banjaran Crocker di Sabah