Dasar Kurikulum SMKTLS

DASAR KURIKULUM SMK TUANKU LAILATUL SHAHREEN

OBJEKTIF
1                    Dasar Kurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga                                  sekolah.
2                    Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah.
3                    Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik KPM, JPN dan Jemaah Nazir 
                      Malaysia.

MISI  SEKOLAH
Beriltizam membangunkan pendidikan yang berkualiti untuk menjana insan cemerlang dan holistik bertaraf dunia.
 MATLAMAT  SEKOLAH
Matlamat Sekolah yang digariskan berdasarkan misi tersebut adalah untuk:
  • Memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua pelajar
  • Melahirkan warga sekolah yang cerdas akademik, cemerlang sahsiah, cergas sukan dan kokurikulum
  • Mengangkasakan potensi pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum hingga melahirkan insan yang cemerlang dari segi rohani, jasmani, intelek dan spiritual.
  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bertatasusila selari dengan Prinsip Rukun Negara.
  • Menyediakan suasana sekolah yang kondusif, harmonis dan memberangsangkan untuk pengajaran dan pembelajaran
  • Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak perkhidmatan dan keperluan pelanggan iaitu murid dan ibu bapa.
  • Menjalin hubungan baik antara masyarakat sekolah dan pihak luar serta masyarakat sekitar.

1 . KURIKULUM
Penyataan Dasar
1.1       Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan .
1.2       Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan khususnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 .
1.3       Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia dan  Jabatan Pendidikan Negeri Perlis .
1.4       Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa.
1.5       Pada setiap masa , program akademik mestilah diutamakan . Hal ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah diberikan kepada program akademik .

2 .  JAWATANKUASA  KURIKULUM  SEKOLAH
Penyataan Dasar
2.1       Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan isu  kurikulum di sekolah .
2.2       Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur  dan pekeliling yang ditetapkan.
2.3       Setiausaha Jawatankuasa dilantik daripada kalangan Guru Kanan Mata pelajaran .
2.4       Agenda yang dibincangkan dalam  mesyuarat wajib dilaksanakan.
2.5       Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya di dalam mesyuarat panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada setiausaha Jawatankuasa .
2.6       Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata pelajaran dan Guru Kanan Mata pelajaran beserta Ketua-Ketua panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya .

3 . PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
Penyataan Dasar
3.1         Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 / 1986 .
3.2         Pengurusan Panitia mata-mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan Kualiti SPK ISO MS 9001/2000 .
3.3         Kejayaan murid dalam semua mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu semua panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan kekesanan pengajaran.
3.4         Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan GROW dalam pengurusan prestasi semua mata pelajaran dalam panitia-panitia
3.5         Panitia-Panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.
3.6         Pengurusan panitia secara on line atau web based/1Bestari net VLEFrog mestilah menjadi keutamaan dan oleh itu laman web panitia mestilah sentiasa dikemas kini supaya guru dan murid boleh  sentiasa merujuk .
3.7         Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum dan mesyuarat penitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir . Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada pengetua melalui SU Kurikulum
3.8         Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan diselia oleh ketua-ketua panitia.

4  SUKATAN PELAJARAN , HURAIAN SUKATAN
    PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Penyataan Dasar
4.1       SP , HSP dan RPH adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran
4.2       Guru mestilah dapat menghayati , mengenal pasti dan boleh menterjemahkan objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan juga proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas , dengan itu mahir tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata pelajaran yang diajar.
4.3       Salinan ketiga-tiga dokumen ini yang telah disahkan oleh pengetua mestilah dilampirkan bersama di dalam Buku Rekod Mengajar atau diletakkan di dalam fail khas supaya senang dirujuk .
4.4       Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan .
4.5       Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran berdasarkan RPH  di dalam Buku Rekod Mengajar sebelum masuk kelas . Oleh itu Buku Rekod Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk kelas setiap kali ada kelas .
4.6       Penggabungan isi kandungan sebilangan mata pelajaran Tingkatan 4 & 5 digalakkan bagi membolehkan sukatan  dilengkapkan segera dan isi kandungan boleh disusun semula oleh guru  berkaitan.
4.7       Melengkapkan sukatan pelajaran adalah seperti berikut:
Tingkatan Tiga  –  sukatan dilengkapkan pada Bulan Julai.
Tingkatan Lima  – sukatan dilengkapkan pada Bulan Ogos.
TingkatanSatu, Dua, Empat–sukatan dilengkapkan pada Bulan September.

5.  PAKEJ  MATA PELAJARAN
Penyataan Dasar
5.1     Bagi mata pelajaran Menengah Rendah seorang pelajar akan mengambil semua mata pelajaran kecuali bukan Melayu akan mengambil P. Moral dan yang beragama Islam akan mengambil P. Islam secara pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Pentaksiran Pusat.
5.2       Bagi mata pelajaran Menengah Atas ( Tingkatan 4 dan 5 ) , sekolah menawarkan pakej Sains Tulen , mata pelajaran Elektif yang ditawarkan ialah Fizik, Kimia, Biologi  dan Matematik Tambahan ( 4 Progresif ) kelas yang berikutnya ditawarkan pakej Sains Teknologi mata pelajaran elektif yang ditawarkan ialah  Biologi / Teknologi Maklumat  , Kimia, Mat. Tambahan dan Fizik,  kelas berikutnya ditawarkan pakej Sains Kemasyarakatan, mata pelajaran elektif yang ditawarkan   sains Tambahan, Prinsip Akaun  dan pakej Kemanusiaan ( KAA) dan mata pelajaran elektif yang ditawarkan ialah  Sains dan PSV  . Mata pelajaran elektif yang ditawarkan di luar jadual waktu ialah Tasawwur Islam.


6 . PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penyataan Dasar
6.1       Pengajaran dan Pembelajaran berkesan hendaklah dilaksanakan oleh guru untuk mengoptimumkan kecemerlangan murid.
6.2       Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT)
6.3       Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang berkemahiran dalam ICT . Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah .
6.4       Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif dan pembelajaran berasaskan laman web seperti VLEFrog digalakkan dan akan diperluaskan.
6.5       Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab seperti yang terdapat dalam modul SIS .
6.6       Memastikan penguasaan ’basic fact and information’ dalam setiap topik dikuasai oleh pelajar dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif supaya tidak membebankan dan membosankan pelajar untuk belajar sebelum beredar ke topik selanjutnya .
6.7       Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik ,kemahiran berfikir kritis dan kreatif agar murid menguasai kemahiran Berfikir Tinggi ( KEBAT ) semasa proses pengajaran dan pembelajaran
6.8       Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam . Hal ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti .
6.9       Penggunaan kumpulan pembelajaran koperatif, ’cooperative learning structures’ dan ‘workshops’ mestilah diperluaskan dalam kalangan guru dan murid dengan itu kerjasama antara murid dan guru dapat dipertingkat seterusnya tanggungjawab untuk belajar dapat dipindahkan kepada pelajar.
6.10     ’Selected Study Skills’ perlu dikenal pasti dan pelajar digalakkan untuk menggunakannya bagi memudahkan proses pembelajaran.
6.11     Penggunaan GSP digalakkan dan diwajibkan untuk tajuk-tajuk terpilih di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Matematik Tambahan bagi memudahkan pembelajaran Matematik dalam kalangan pelajar
6.12     Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata pelajaran , pelajar dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya tumpuan pelajar di dalam kelas .
6.13     Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan ’content skill , language skill, ICT skill & pedagogi skill’ . Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha meningkatkan keterampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara berterusan
6.14     Guru mata pelajaran , Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata pelajaran mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap orang pelajar seperti yang telah ditetapkan  oleh sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata pelajaran’  dan kaedah GROW mestilah menjadi amalan dan kelaziman  bagi setiap orang guru .
6.15     Pengajaran dan pembelajaran menggunakan stesen-stesen pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan terutama Tingkatan 1, 2 dan 3  menggunakan PBS agar PdP lebih menarik dan berkesan.
6.16     Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu .
6.17     Guru juga mestilah mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan  mencapah ataupun  HOTS – Higher Order Thinking Skills Questions  atau KEBAT.
6.18     Ketua-Ketua Panitia mestilah menetapkan Dasar Penggunaan Bilik-Bilik Khas supaya selaras dengan Dasar 3K dan penggunaan untuk proses pengajaran dan pembelajaran dioptimumkan .




7 . BUKU TEKS, BUKU KERJA , BUKU REKOD AMALI & BUKU LATIHAN
Penyataan Dasar
7.1       Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan pelajar bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran . Maklumat dan pengetahuan asas di dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada pelajar .
7.2       Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU TEKS danmematuhi SPI Bil 10 /1991 bertarikh 02 oktober 1991.
7.3       Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989 . Buku Rekod Amali ini mengandungi halaman yang bergaris dan halaman yang kosong yang digunakan untuk merekod sebarang data, maklumat, pemerhatian, kesimpulan apabila pelajar menjalankan kajian atau eksperimen . Halaman yang kosong boleh digunakan untuk melukis gambarajah , graf dan sebagainya . Penggunaan buku ini dapat memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran komunikasi dalam bentuk penulisan .
7.4       Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdP  dalam bilik darjah   . Guru mata pelajaran mestilah memastikan pelajar-pelajar  membuat latihan ini dan disemak oleh guru mata pelajaran mengikut skedule yang telah ditetapkan .
7.5       Pelajar yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenal pasti masalah yang menyebabkan perkara tersebut berlaku. Pelajar yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah dibincangkan dalam panitia .
7.6       Sistem pemarkahan dalam  pelaksanaan ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun kecuali Peperiksaan Percubaan akan menggunakan Program AKSA iaitu membahagikan markah akademik yang dicapai oleh murid kepada 80% dan dicampur dengan dengan markah sahsiah serta komitmen sebanyak 20%. Program ini dapat menyelesaikan masalah disiplin pelajar serta meningkatkan komitmen murid dalam mata pelajaran yang dipelajari.

8. LATIHAN MINIMUM
Penyataan Dasar
8.1       Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan dalam topik-topik yang diajar . Oleh itu latihan minimum yang disasarkan mestilah dilaksanakan oleh semua pelajar dan disemak oleh semua guru mata pelajaran.
8.2       Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang telah diputuskan dan diterima  dalam    Mesyuarat Bidang dan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran.
8.3       Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, tinggi pada nisbah 5 : 3 : 2 bagi setiap konstruk mengikut tingkatan .

9. PENILAIAN  DAN  PEPERIKSAAN
Penyataan Dasar
9.1       Semua urusan peperiksaan yang dijalankan menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan
9.2       Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi peperiksaan yang ditetapkan di bawahAkta Pendidikan 1996
9.3       Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif
9-4       Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Peperiksaan peringkat sekolah Bil 02/2008 – pindaan ( rujuk lampiran kurikulum 4 ) yang memperincikan bilangan peperiksaan dan ujian seragam setahun , dasar peratusan markah untuk semua tingkatan, format peperiksaan, jadual pengawasan , rekod markah , syarat lulus , jadual spesifikasi ujian, ’content skill’ dan post mortem peperiksaan .
9.5       Jawatankuasa ’Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji ’Take Off Value’ dan meletakkan ’ETR’ bagi peperiksaan awam dan dalam Peperiksaan Akhir Tahun. GROW juga digunakan untuk membuat Reality Checking serta untuk membuat Goal Setting dari awal tahun. Guru mata pelajaran mesti menyenaraikan nama murid yang dijangkakan keputusan peperiksaan mereka.

10.  JADUAL WAKTU MENGAJAR ,  JADUAL WAKTU GANTI  &
       JADUAL WAKTU BLOK
Penyataan Dasar
10.1     Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996 .
10.2     Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum
10.3     Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan kepakaran guru   ( pemeriksa kertas peperiksaan awam )
10.4     Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil
10.5     Kesinambungan tugas mengajar  iaitu Tingkatan 1 ke Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 ke Tingkatan 5 menjadi syarat utama agar peluang pengalaman mengajar kelas peperiksaan kepada guru-guru  di sekolah ini.
10.6     Jumlah waktu pengajaran maksimum guru adalah 25 – 26 waktu seminggu
10.7     Mata pelajaran Tasawwur Islam ditawarkan kepada murid yang memilih dan diajar di luar jadual waktu persekolahan.
10.8     Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti  Guru yang bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh pelajar  semasa Jadual Waktu Ganti tersebut . Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan disemak  dan pencapaian dimaklumkan kepada pelajar untuk tindakan susulan kedua-dua pihak .
10.9     Jadual  waktu mengajar, Jadual waktu ganti dan Jadual Waktu Blok akan diurus dan disediakan oleh  Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah .
10.10   Jadual Waktu penggunaan Bilik-Bilik khas mestilah disediakan oleh guru pengawas bilik-bilik khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap dan satu salinan mestilah disampaikan kepada pentadbir sekolah . Bilik-Bilik khas yang terlibat untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat Sumber, Makmal, Bengkel KH , surau, Bilik Pendidikan Islam, Dewan SMKTLS , Bilik PSV ,  Bilik Tayangan , Makmal  Komputer dan Makmal Bahasa.
10.11   Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar di dalam meningkatkan ketrampilan mereka. Oleh itu matlamat perancangan strategik pusat sumber mestilah mempunyai hala tuju ke arah itu dan semua guru, GKMP dan ketua panitia adalah tertakluk kepada perancangan tersebut dan perlu memainkan peranan mereka masing-masing. Guru Perpustakaan dan Media adalah orang penting  yang berperanan menggerakkan peranan dan fungsi PSS.

11.  PROGRAM KECEMERLANGAN  AKADEMIK
Penyataan Dasar
11.1     Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dibuat berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah menyokong penuh semua program peningkatan akademik ini yang berfokus ke arah kecemerlangan dan ketrampilan pelajar .
11.2     Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik menjadi nadi yang membantu semua panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik .
11.3     Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah membantu murid mengingat dan menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik di dalam mata pelajaran , menajamkan kemahiran berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh dikuasai , meningkatkan kemahiran berkomunikasi terutamanya melalui penulisan , meningkatkan penguasaan dan pemerolehan ilmu pengetahuan, meningkatkan motivasi dan minat untuk terus belajar .
11.4     Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah program yang meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan pada masa yang sama meningkatkan ketrampilan murid dan dilaksanakan di dalam kelas sepanjang tahun dengan bimbingan guru. Manakala program jangka pendek adalah program-program yang dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid untuk peperiksaan awam  yang lebih berfokus kepada latih tubi , pendedahan teknik  dan ’practice make perfect ’ juga ’practice make permanent ’.
11.5     Penglibatan HEM, guru kaunseling dan  PK Kokurikulum adalah wajib bagi penyelarasan program kecemerlangan  akademik .
11.6     Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada  Jawatankuasa .

12 .  PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN
Penyataan Dasar
12.1     Proses pengajaran dan pembelajaran guru dan murid di dalam bilik darjah akan diselia  dan dipantau sebanyak dua kali setiap orang guru dan setiap kelas dalam setahun  .
12.2     Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun jadual dan mengatur  barisan pentadbir, ketua-ketua panitia dan rakan sejawat untuk menyelia dan memantau bagi memastikan pelaksanaan dan keberkesanan program-program sekolah  .
12.3     Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk
Meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan . Oleh itu adalah penting guru tidak membuat ’judgement statement ’ tetapi mestilah membuat ’ statement berdasarkan observation ’ supaya penambaikan boleh berlaku .
12.4     Pengurusan panitia  dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua kali setahun oleh guru-guru kanan dan penolong – penolong kanan .
12.5     Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi memastikan Dasar Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan .
12.6     Mekanisme dan proses kerja penyeliaan buku kerja , buku latihan dan hasil kerja  pelajar ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan baik
12.6     Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan  mestilah membuat pelaporan lengkap pertengahan dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh pengetua untuk dimaklumkan di dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya dibincangkan  dalam mesyuarat panitia  bagi tujuan  penambahbaikan .






13 . LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LDP )
Penyataan Dasar
13.1     Setiap kakitangan sama ada guru ataupun staf sokongan mestilah sentiasa memajukan dan meningkatkan profesionalisme masing-masing bagi memupuk budaya kerja cemerlang .
13.2     Pihak pengurusan sekolah telah menyediakan platform – platform untuk warga sekolah meningkatkan profesionalisme ini melalui Hari Profesionalisme, Perbincangan Profesional,   dan Lawatan Penanda Aras  sebagai nilai tambah .
13.3     Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian KPM perlulah melaporkan secara bertulis melalui minit curai kepada Pengetua untuk tindakan seterusnya . Jika perlu guru yang pergi berkursus ini hendaklah mengendalikan kursus dalaman ataupun sekurang-kurang memberikan taklimat berkaitan kursus yang dihadiri .
13.4     Skop pengisian perkembangan staf ini mestilah berdasarkan keperluan-keperluan profesional guru dan juga keperluan sebagai seorang penjawat awam . Oleh sebab itu keutamaan akan diberikan kepada kursus yang berkaitan pedagogi , pengurusan panitia yang efesien dan PdP menggunakan 1 Bestari Net VLE FROG.
13.5     Guru-guru  yang dikehendaki mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya adalah menjadi tanggungjawab Guru Kanan dan Ketua Panitia untuk melatih guru tersebut bagi mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya . Satu rekod latihan dan pemantauan perkembangan kemahiran mengajar mestilah diurus dengan baik  oleh ketua panitia mata pelajaran tersebut .
13.6     Semua program perkembangan staf yang dilaksanakan sama ada peringkat panitia atau peringkat sekolah mestilah dilaporkan sebaik sahaja sesi tersebut selesai dan pelaporan mestilah lengkap dari segi matlamat, objektif, tempat , masa, sasaran , tajuk dan pengisian, profil penceramah dan kajian impak kursus berserta  gambar .

Dasar Kurikulum Sekolah Disediakan Oleh Unit Kurikulum Sekolah
Berdasarkan Mesyuarat Pengurusan Sekolah.
Disember 2013